Pages

--Yang Ni Pun Best Jugak--

--Kalau Suka Klik Je--

Monday 19 September 2011

Tanda-Tanda Sebelum Hari Kematian




Setiap yang mula mesti ada akhirnya
begitu juga manusia

setiap yang hidup pasti akan merasai kematiaan..

adakah kita sudah bersedia mengalami hari kematian???
cukupkah amalan kita???

tepuk dada tanyalah diri kita sendiri...



Jalal bukanlah seorang yang sempurna..
dan
Jalal juga banyak membuat kesilapan..

jadi sebagai umat islam
Jalal perlu mengingatkan diri sendiri 
dan kawan-kawan semua tentang kematian..

kenapa???

supaya kita tidak lalai mahupun leka
untuk mengingati Allah 
serta beribadah kepada-Nya..



Tanda-Tanda sebelum hari kematian ini Jalal copy dari saudara
dan tajuk post tersebut



Mari kita baca Tanda-Tanda Sebelum Hari Kematian

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.




mungkin kejap lagi kita mati
mungkin esok
mungkin lusa


tanya diri kita sendiri..
sediakah kita bertemu dengan Allah???




Info dari E.D.I.O.P.A.T.H.I.C

p/s : kita kena sentiasa ingat akan kematian...supaya diri kita tidak leka dengan kehidupan didunia ni..sentiasalah ingat pada Allah...


Kalau korang suka post ni jgn lupa like n share k  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

5 comments:

  1. thanks bro sebab saling mengingatkan...moga kita sentiasa mendapat keampunannya...

    ReplyDelete
  2. sang---moga kita tidak lalai bro..sntiasa ingt pd tuhan...

    ReplyDelete
  3. anda telah di tag..cepat2 upload gmbor..

    http://selamberk.blogspot.com/2011/09/wordless-wednesday-alhamdulillah-and.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

--Kalau Suka Klik je--