Assalamualaikum
Terlalu kerap kita didedahkan dengan kes
tangkap khalwat, zina, seks bebas, gejala buang bayi
dan seribu satu macam perilaku mungkar
yang berlaku di sekeliling kita.
Sistem yang ada telah terbukti gagal
untuk menyelesaikan pelbagai gejala sosial
yang berlaku di dalam masyarakat khususnya kalangan remaja.
Ini membuktikan bahawa sistem kapitalisme
yang digunapakai pada hari ini hanya
mencetak individu-individu terpelajar tetapi
gagal membentuk sahsiah mereka
dan menghukum dengan sistem penghukuman yang salah.
Inilah hasil penerapan sistem
yang berasaskan fahaman sekularisme.
Sistem yang membiarkan seseorang itu bebas
untuk melakukan apa sahaja demi
meraih manfaat dan nikmat yang diingini.
Kapitalisme telah terbukti gagal
dan akan terus gagal untuk menjadikan manusia itu
sebagai manusia yang berakhlak.
Islam sebagai suatu sistem yang sempurna
telah menetapkan bahawa didikan harus
dimulai dari awal lagi agar mereka
menjauhi segala perkara yang boleh mendekati zina
dengan firmanNya :
“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk’
[TMQ al Isra (17):32].
Wahai seluruh umat Islam,
bersegeralah berusaha untuk
menghidupkan semula sistem kehidupan Islam.
Suatu sistem kehidupan yang telah terbukti mampu
untuk memberikan kehidupan yang lebih baik
bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga
kepada manusia yang lain.
Firman Allah
“Apakah hukum jahiliyyah yang mereka kehendaki,
dan (hukum) siapakah yang lebih baik
daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?”
[TMQ al Maidah (5):50].
Info : Hizbut Tahrir Malaysia
Kalau korang suka post ni jgn lupa like n share k
saya rasa takut nak ada anak.takut tak dapat jaga. takut gagal bentuk seorang manusia yang berakhlak.
ReplyDelete