Pages

--Yang Ni Pun Best Jugak--

--Kalau Suka Klik Je--

Monday, 10 October 2011

Bahaya Perompak Di Mesin ATM



Assalamualaikum

korang pernah gne mesin ATM???
mesti pernahkan


pernah kena rompak dekat ATM???
mintak di jauhkan ar ea...

Jalal kali ni nak ajar korang sekiranya
korang kena rompak ketika di mesin ATM

korang boleh panggil POLIS
dengan cara senyap

macam mane????

mula-mula korang masukkan ar kad bank korang macam biasa
kemudian korang masukkan no pin korang secara terbalik



contohnya jika no Pin korang adalah 112233
 jadi korang masukkan nombor secara terbalik iaitu 332211

 Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut 
adalah nombor yang diterbalikkan 
daripada nombor yang sebenarnya 

Mesin ATM tetap mengeluarkan duit seperti biasa 
tapi apa yang kita tidak ketahui

 pihak Bank dengan segera akan menghantar
 pihak berkuasa (Polis) kepada anda.


kaedah ini jarang diguna disebabkan 
ramai orang tidak mengetahui akan 
kewujudan sistem yang seumpama ini.

Jalal xpernah cuba lagi...
jika korang xpercaya bolehlah cuba k..

Jalal pun baru tau ni

Info : Facebook

Kalau korang suka post ni jgn lupa like n share k 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Thursday, 6 October 2011

GIVE AWAY DARI SELAMBERK



Assalamuaikum

kawan Jalal ada buat 1 give away
dia suruh teka gambar tersembunyi...

kalau korang berminat boleh klik dekat bawah ni

korang tengok dekat gambar atas jumpa x jawapannya???

kalau korang xjumpa
dekat bawah nilah jawapannya
ada kucing dekat situ


untuk gambar ke kedua xjumpa ar 
sebab gambar dia kecik sangat
dah zoom pun pecah...

Jalal pun ada gambar yang tersembunyi 
tapi ni untuk suka2 je...

1.
cari gambar katak


2.
cari gambar kucing

kalau korang xnampak bolah klik dekat gambar 2
untuk nmpak lebih jelas k


Kalau korang suka post ni jgn lupa like n share k 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wednesday, 5 October 2011

Sepah vs Sepahtu




Assalamualaikum

korang dah tau belom kumpulan sepah dah berpecah???
mesti dah taukan..

tapi korang tau x ada kumpulan baru sama macam sepah???
mesti xtau lagikan...
nama kumpulan 2 SEPAHTU

kalau korang nak tau sapakah kumpulah sepahtu 2
best ke x diaorang
korang bacalah dekat bawah ni



KUALA LUMPUR: Selepas membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu, Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu pada September lalu tanpa Mohd Noor Murad (Mamat), 26.

Menurut Jep, mereka nekad memilih haluan untuk bergerak berdua tanpa Mamat atas alasan tertentu setelah beberapa kali memberi peluang kepada lelaki itu.

“Kami tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan. Jadi, kami memilih untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan baru, Sepahtu selepas ditawarkan oleh MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi Mawi.

“Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai karya seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran ini,” katanya sewaktu sidang media ‘Sepahtu Bikin Album’ di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, di sini, Selasa.

Menyentuh tentang nama Sepahtu, Jep berkata mereka terpaksa menggunakan nama baru memandangkan nama Sepah digunakan untuk mereka bertiga.


“Orang mengenali Sepah dianggotai oleh saya, Shuib dan Mamat. Jadi, Mamat menjadi sebahagian daripada Sepah. Jadi, tidak adil jika kami menggunakan nama tersebut.

“Sebab itu kami menggunakan nama baru iaitu Sepahtu yang berbunyi seperti sepatu atau kasut yang mana bergerak sepasang di kiri dan kanan,” ujarnya lagi.

Biarpun telah berpecah, hubungan mereka masih baik dan tidak memusuhi antara satu sama lain. Jep berkata mereka akan melaksanakan projek terakhir untuk Sepah iaitu filem “Sepah The Movie” yang akan menjalani penggambaran pada 17 Oktober ini.

“Disebabkan kami telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam filem itu, jadi kami masih perlu bekerjasama sebagai Sepah. Lagipun, kami tiada masalah untuk berlakon bersama-sama.

“Hubungan kami sebagai kawan masih ok tetapi apabila tiba tentang komitmen, kami tidak boleh bertolak-ansur lagi. Ikutkan tiada sesiapa yang menyingkir sesiapa, sebaliknya kami memang sudah tidak boleh bersama dan terpaksa berpecah,” ujar Jep.

Bagaimanapun, mereka tidak mungkin menerima kehadiran Mamat dalam kumpulan itu lagi andai kata lelaki itu mahu kembali dan mengubah tingkah lakunya.

Beralih kepada album, Sepahtu akan tampil dengan album sulung mereka yang diterbitkan di bawah MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records serta diedarkan dan dipromosikan oleh Universal Music Malaysia.

Penerbitnya Sheikh Qalam berkata album genre pop dan rock dengan beberapa lirik berunsur komedi itu akan dihasilkan oleh komposer dan penulis lirik terkenal seperti Datuk M Nasir, Azmeer, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri.

Album ini juga dijangka akan menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama-sama Mila dan Mawi.

“Lagu-lagu ini masih belum dihasilkan dan dalam perancangan tetapi kemungkinan kita akan menggubah enam hingga lapan buah lagu yang diterbitkan pada November depan.

“Jika tiada aral, para peminat boleh mendapatkan album mereka pada hujung Disember depan.

“Kami lihat, Jep dan Shuib tiada masalah untuk menyanyi kerana mereka pernah merakamkan lagu hari raya manakala Shuib sudah mempunyai single “Cinta Itu Nyawa” yang dinyanyikan secara duet dengan isterinya, penyanyi Siti Sarah,” kata Sheikh Qalam.

Sementara itu, Sheikh Qalam mewakili Mawi yang tidak dapat hadir turut mengesahkan tentang penglibatan Sepahtu yang kini sudah menjadi artis di bawah naungan MW Entertainment.

“Semua aktiviti seni Sepahtu seperti lakonan, persembahan, album dan iklan akan diuruskan oleh MW Entertainment,” ujarnya lagi.




p/s : btol ar orang tua-tua cakap.."tak baik gambar bertiga..nanti korang akan bergaduh sesama sendiri ataupun salah sorang akan meninggal.."Jalal harap lepas ni kumpulan sepahtu akan kekal n teruslah membuat lawak..kikiki

Kalau korang suka post ni jgn lupa like n share k 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Monday, 3 October 2011

Tanda-Tanda hari kiamat semakin hampir



Assalamualaikum.

Jalal nak ucapkan 
SELAMAT MENDUDUKI PMR
kepada sesiapa yang mengambil PMR pada hari ini


apa kene mengena PMR dengan 
Tanda-Tanda Hari Kiamat

memang xde kena mengena pun sebab
Jalal bukannya nak cerita pasal PMR
mahupun bagi soalan bocor...

2 sebagai pembuka bicara kita je..

Jalal tau ramai yang xsuka baca panjang2kan..
tapi kali ni je Jalal harap korang bacalah 
sampai habis

22 tanda hari kiamat semakin hampir :


1.Sembahyang diabaikan (diringan-ringankan).
2.Keinginan nafsu syahwat digalakkan dan berleluasa disebarkan melalui iklan, buku, gambar, risalah,atau filem.
3.Penjenayah menjadi pemimpin dan kebanyakannya jahil mengenai agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
4.Perkara benar menjadi salah dan salah menjadi benar. Sukar untuk membezakan perkara halal dan haram kerana yang haram dianggap halal serta sebaliknya. 
5.Berbohong menjadi satu keperluan dalam hidup dan menganggap jika tidak berbohong sukar untuk hidup senang.

6.Membayar zakat (harta, perniagaan dan pendapatan) dianggap beban.
7.Orang yang hidup mengikut kehendak agama ditindas dan hati mereka sentiasa merintih kerana maksiat berleluasa tetapi mereka tidak mampu mencegahnya.
8.Turun hujan di luar musimnya dan hujan tidak memberi keuntungan kepada makhluk di muka bumi.
9.Fenomena lelaki berkahwin dengan lelaki (homoseksual) dan perempuan berkeinginan kepada perempuan (lesbian) semakin menjadi-jadi.
10. Perempuan menguasai lelaki dengan memakai ubat guna-guna, sihir dan amalan syaitan lain.

11. Anak-anak mengingkari dan menderhaka ibu bapa (ibu bapa menjadi kuli dan anak menjadi tuan).
12. Kawan baik dilayan dengan kasar, manakala musuh diberi layanan baik. Kawan disangka lawan dan musuh dianggap sahabat serta memusuhi orang yang mengajak berbuat kebaikan.
13. Dosa dipandang ringan malah bangga melakukannya seperti zina, minum arak, bergaul bebas antara lelaki dan perempuan, meninggalkan sembahyang, mendedahkan aurat dan berjudi.
14. Masjid dihias indah tetapi kosong, terpulau, berkunci dan banyak berlaku kecurian barang masjid yang berharga.
15. Ramai yang sembahyang tetapi munafik dan berpura-pura. Di dalam sembahyang berjanji akan mengikut suruhan Allah tetapi di luar sembahyang melanggar perintahNya,

16. Akan datang golongan manusia dari Barat menguasai mereka yang lemah (iman) dan ramai terpengaruh dengannya seperti mengikut cara mereka berpakaian, bergaul dan suka berpesta.
17. Al-Quran dicetak dengan indah tetapi hanya dijadikan perhiasan dan jarang dibaca serta diamalkan kehendaknya.
18. Amalan riba berleluasa hingga orang alim pun terjebak sama.
19. Darah manusia tidak berharga, sering berlaku pembunuhan, peperangan dan jenayah.
20. Penganut Islam tidak mahu mengamalkan suruhan agama dan tidak mahu membela serta menyebarkannya.
21. Akan bertambah banyak penyanyi wanita (wanita yang tidak beriman adalah senjata syaitan yang baik).

22. Ramai orang kaya pergi umrah dan haji dengan tujuan melancong, yang sederhana pergi untuk berniaga dan yang miskin bermaksud meminta sedekah.




Kalau korang suka post ni jgn lupa like n share k 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Saturday, 1 October 2011

Di Saat Aku Mencintaimu




Assalamualikum

kenapa dengan lagu Dadali Di Saat Aku Mencintaimu???

sebenarnya xde pape pun
tiba-tiba je Jalal suka pulak dengan lagu ni

ade sorang kawan suggest lagu ni dekat Jalal
lama-lama dengar 

eh!!!
best pulak lagu ni

sekarang ni Jalal pulak suggest dekat korang lagu ni..kikiki

jom kita layan lagu ni...
video n lirik dia ada dekat bawah ni k


Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Semoga engkau kan mengerti
Tentang perasaan ini
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta
Maaf sungguh ku tak bisa
Untuk kembali padamu
Maaf ku telah terbuai
Akan indahnya cinta

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Aku inginkan diri mu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta


Info
Video-Youtube

Kalau korang suka post ni jgn lupa like n share k  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

--Kalau Suka Klik je--